20 buah sekolah di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah dipantau secara berkelompok Jemaah Nazir, Pegawai JPNPP dan Pegawai PPDBD telah dilaksanakan pada 16 hingga 19 April 2012. Pada 20 April 2012 satu Majlis Laporan Dapatan secara berkelompok telah diadakan di Bilik Mesyuarat, SK Bayan Lepas 2 yang melibatkan semua pemanatau dari Jemaah Nazir, JPN dan PPDBD dengan semua Guru Besar sekolah yang dipantau.
Pihak Guru Besar sekolah Barat Daya mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai pemanatau kerana dengan cara ini, pihak sekolah dapat mengetahui dimana kelemahan dan kekuatan di sekolah masing-masing. Dengan cara ini pihak pentadbir juga berkongsi pengalaman dan kaedah penambahbaikan di sekolah masing-masing.