Jumaat, 18 Januari 2013

Selamat Bersara Pn.Junaidah

Warga MGB Barat Daya  mengucapkan selamat Bersara wajib kepada Pn. Junaidah Ismail, Guru Besar, SK Mutiara Perdana. Kami berdoa semoga sihat dan gembira bersama keluarga. Jasa Mu Tetap Dikenang.
CIKGU ……..
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Bila memandang ke muka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di dalam taman;
Junjungan budi kenangan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Mengait rambutan menggunakan galah,
Disimpan bersama buah berangan;
Walau sezarah silap dan salah,
Harap dimaafkan disimpan jangan.

Subuh hari memetik kangkung,
Kangkung dipetik bersama serai;
Setelah bermusim kita berkampung,
Tiba masanya kita bersurai.

Pohon mempelam lebat berbuah,
Gugur sebiji di tepi tangga;
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Allah berjumpa juga.